Indian Wedding.

Agak lama saya tidak mengambil gambar perkahwinan sejak dari tahun 2008. Kebanyakkan tugasan mengambil gambar perkahwinan hanya melibatkan perkahwinan masyarakat Melayu tetapi saya telah diberi kepercayaan oleh rakan sekerja untuk mengambil gambar perkahwinan beliau dan masalahnya ianya merupakan upacara majlis perkahwinan masyarakat India. Secara jujur saya langsung tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai budaya & cara majlis perkahwinan masyarakat India. Apa yang menyakinkan saya mengambil tugasan tersebut adalah kemahiran mengambil gambar. Saya juga diberi kebebasan untuk mendokumentasi majlis perkahwinan tersebut dan secara tidak langsung memberi saya menunjukkan kreativiti dalam fotografi perkahwinan. Sebuah pengalaman yang bagus untuk saya pelajari budaya masyarakat lain. Apa yang menariknya mengenai tugasan fotografi ini, 95% hasil gambar tersebut dihasilkan dengan lensa 35mm f/1.4 sahaja dan saya terpaksa mengambil gambar dengan dua jurufoto perkahwinan rasmi serta dua jurukamera perkahwinan :)

Using Format